Public Bank menyediakan kemudahan pembiayaan kereta Perodua

KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd telah memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pengedar Perodua yang sah.

Kerjasama itu akan membolehkan Public Bank memudahkan usaha digitalisasi melalui penghantaran permohonan pembiayaan akhir sewa beli secara dalam talian kepada bank, termasuk memuat naik dokumen permohonan asas dan menyemak status permohonan.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, kerjasama itu juga sejajar dengan kedudukan Perodua sebagai pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia.

Kami menyokong pertumbuhan industri EEV yang juga tunggak penting bagi agenda dalam menangani perubahan iklim. Public Bank turut memperuntukkan lebih RM30 bilion untuk pembiayaan EEV tempatan pada akhir 2022.

“Sejajar dengan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pertumbuhan industri EEV, Public Bank meningkatkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang 2025,” katanya ketika berucap pada majlis pemeteraian MOC itu pada 25 Mei lepas.

Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Sehubungan itu, Tay berkata, Public Bank dan Perodua mempunyai potensi dari segi sinergi dengan baik dan terus bekerjasama, bukan sahaja dalam mengembangkan perniagaan masing-masing tetapi menyumbang secara positif kepada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) demi kesejahteraan masyarakat dan dunia.

Public Bank juga komited untuk menyumbang kepada pertumbuhan kelestarian masyarakat dan menggembleng industri automotif negara selain merencana kemajuan lebih kukuh bagi tahun-tahun mendatang.

Goncalves

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar