Bursa Malaysia naik sedikit pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini di tengah-tengah laporan menyatakan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) kini menghampiri mencapai persetujuan mengenai siling hutang AS.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.

Indeks barometer mengukuh 2.49 mata untuk dibuka pada paras 1,405.47.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 186 berbalas 163, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,697 tidak diniagakan dan 53 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 323.64 juta unit bernilai RM149.84 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata berita terbaharu bahawa perjanjian sementara telah dicapai untuk mengelakkan keingkaran AS mungkin mendorong beberapa aktiviti pembelian di pasaran serantau, termasuk bursa tempatan.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,400 hingga 1,410 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur juga dijangka turut memantau PMI Pembuatan Global S&P Malaysia dan AS serta kadar pengangguran AS minggu ini.

Ia berkata, minyak mentah Brent diniagakan melebihi AS$76 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) melepasi paras RM3,500 satu tan boleh melonjakkan permintaan bagi minyak dan gas serta kaunter berkaitan sawit.

Malacca Securities berkata, pergerakan rancak di Wall Street Nasdaq pada Jumaat lalu sepatutnya turut menular melibatkan saham teknologi tempatan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM8.59, Petronas Chemicals meningkat 6.0 sen menjadi RM7.01, Public Bank susut 1.0 sen kepada RM3.89, Tenaga Nasional lemah 4.0 sen kepada RM9.65 manakala CelcomDigi tidak berubah pada RM4.46.

Bagi kaunter aktif, Cloudpoint Technology naik 14.0 sen kepada 52.0 sen, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 4.0 sen, YTL Corporation peroleh 4.0 sen kepada 87.5 sen, Classita Holdings menambah 1.0 sen kepada 12.5 sen, manakala Vinvest Capital tidak berubah pada 6.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 15.04 mata kepada 10,311.48, Indeks FBMT 100 naik 14.87 mata kepada 10,017.50 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 9.04 mata kepada 10,678.07.

Indeks FBM 70 mengembang 67.10 mata kepada 13,547.10 dan Indeks FBM ACE susut 9.14 mata kepada 4,971.76.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.70 mata kepada 164.78, Indeks Perladangan turun 9.29 mata kepada 6,745.97, Indeks Tenaga menambah 3.62 mata kepada 811.93 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 32.35 mata kepada 15,336.78.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028