Tragedi Elmina: Laporan akhir selesai Ogos tahun depan

  • News
  • September 15, 2023

SHAH ALAM: Laporan akhir nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu, akan selesai selewat-lewatnya pada Ogos tahun depan.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), ia selaras dengan standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen berkenaan.

“Hari ini, MOT telah menerima Laporan Awal (Preliminary Report) Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengenai kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV.

“Laporan Awal tersebut memenuhi standard Annex 13 kepada ICAO Annex 13 yang memerlukan penyediaan laporan awal dalam tempoh 30 hari daripada insiden tersebut.

“Laporan ini mengandungi pernyataan fakta dan penemuan awal yang telah ditentukan sehingga waktu penerbitan laporan ini. Laporan Awal ini harus dianggap sebagai tentatif, dan boleh diubah atau diperbetulkan jika terdapat maklumat dan bukti tambahan,” jelas kenyataan itu yang dikeluarkan pada Jumaat.

Laporan awal BSKU itu mengandungi 26 muka surat, boleh dimuat turun di pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/a05-23 dan sudah dimuat naik dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada jam 10 pagi tadi.

Pada masa sama, Kementerian Pengangkutan turut merakamkan penghargaan kepada BSKU kerana usaha teliti dan tekad memperkasakan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan hasil siasatan kes itu.

“Kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat serta Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura atas bantuan diberikan dalam siasatan BSKU, melalui wakil bertauliah masing-masing dan penasihat teknikal mereka sama ada di dalam negara atau di luar negara,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar