PH tidak setuju pengampunan untuk Najib, kata Rafizi

  • News
  • September 13, 2023

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawan Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersetuju usaha dapatkan pengampunan untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami akan membincangkannya dalam Kerajaan Perpaduan dan kami akan membincangkannya dalam Kabinet.

“Tetapi saya menjangkakan PH tidak akan bersetuju dengan perkara ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pendirin PH menegai perkara itu di The Breakfast Grille BFM hari ini.

Terdahulu, Najib disabitkan pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bekas Presiden UMNO itu mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya, diikuti Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.

Pada April, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO sudah memohon Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempertimbangkan untuk memberikan Najib pengampunan diraja mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemimpin PH seperti ahli parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim; veteran DAP, Lim Kit Siang dan pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini telah menentang cadangan pengampunan untuk Najib.

Perkara itu mendapat kritikan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, dan UMNO Kelantan .

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, walaupun beliau adalah sebahagian daripada lembaga pengampunan yang akan menyemak permohonan bekas Perdana Menteri untuk pengampunan diraja, tidak ada percanggahan kepentingan kerana keputusan muktamad pemberian pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028