Bursa Malaysia gantung urus niaga saham Boustead Plantations, KLK

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menggantung dagangan untuk Boustead Plantations Bhd (BPlant) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) dari 9 pagi Selasa untuk menunggu pengumuman.

Ketika ini terdapat spekulasi bahawa cadangan penjualan 33 peratus saham dalam BPlant oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd kepada KLK mengalami halangan dan tidak dapat diteruskan.

Perjanjian ini sepatutnya melihat LTAT dan Boustead menerima RM1.15 bilion daripada KLK untuk 33 peratus saham berkenaan, sementara Boustead berusaha menangani obligasi hutang jangka pendeknya yang berjumlah RM3.99 bilion pada hujung Mac.

KLK, LTAT, dan Boustead telah melanjutkan dua kali tarikh akhir perjanjian kerjasama strategik yang ditandatangani antara ketiga-tiga pihak itu, pertama daripada 11 September kepada 22 September, dan kemudian kepada 6 Oktober.

Semalam Bursa Malaysia telah menggantung jualan singkat sekuriti BPlant sepanjang hari di bawah jualan singkat harian (IDSS).

Penggantungan itu dibuat selepas harga terakhir dibuat bagi sekuriti kumpulan tersebut yang diluluskan merosot lebih 15 peratus daripada harga rujukan.

“Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Selasa, pada 8.30 pagi,” menurut pengawal selia bursa saham itu.

Pada 11 pagi semalam, saham Boustead Plantations sebanyak RM1.22, merosot 24 sen atau 16.43 peratus, dengan 25.01 juta saham diniagakan.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar