SME Bank lantik Datuk Muslim Hussain sebagai pengerusi baharu

KUALA LUMPUR: Datuk Muslim Hussain dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu SME Bank berkuat kuasa 1 Oktober 2023.

SME Bank memaklumkan, Muslim telah berkhidmat dengan SME Bank sejak 1 September 2018, apabila beliau dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.

Muslim pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai risiko Agrobank dari 2011 hingga 2016, malah malah mempunyai kepakaran dalam pengurusan risiko.

Di Maybank, beliau memegang pelbagai jawatan kanan, termasuk peranan dalam pengurusan risiko, polisi kredit, pengurusan portfolio, dan penilaian kredit

“Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa lembaga pengurusan risiko dan juga berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa lembaga pembiayaan dan pelaburan, jawatankuasa lembaga audit serta jawatankuasa lembaga teknologi maklumat SME Bank.

“Kerjaya perbankan Muslim menjangkau lebih 35 tahun, yang mana beliau memegang jawatan dalam Maybank dan Agrobank,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Muslim merupakan graduan lulusan Universiti Malaya pada 1982 dan beliau juga pernah belajar di Maktab Polis Diraja Malaysia pada tahun 1983.

Katanya, pelantikan Muslim sebagai pengerusi bukan eksekutif menekankan komitmen SME Bank terhadap kecemerlangan kepimpinan dan tumpuannya untuk memupuk pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

“Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam pengurusan risiko dan operasi perbankan meletakkan beliau sebagai peneraju strategik yang bersedia untuk mengemudi SME Bank ke arah kejayaan yang berterusan,” katanya.

SME Bank yakin kepimpinan Muslim akan meningkatkan lagi misi SME Bank untuk memperkasa dan memartabatkan PKS di Malaysia.

Katanya, kepakaran beliau akan memainkan peranan penting dalam membimbing SME Bank ke tahap kejayaan baharu dalam landskap kewangan yang dinamik.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028