Mah Sing beli tanah bernilai RM74.3 juta di Setapak

KUALA LUMPUR: Pemaju Hartanah, Mah Sing Group Bhd telah membeli tanah seluas 1.61 hektar (4 ekar) dengan kos keseluruhan tanah RM74.3 juta di Setapak, Kuala Lumpur.

Mah Sing dala, satu kenyataan berkata, sebuah pembangunan berorientasikan transit (TOD) dipanggil M Azura dengan nilai pembangunan kasar RM508 juta akan dilaksanakan. Ini adalah projek ketiga Mah Sing di Setapak.

Pengasas Mah Sing dan Pengarah Urusan kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, pihaknya telah mengukuhkan kehadiran jenama Mah Sing di Setapak melalui penerimaan positif dan kejayaan M Astra dan M Adora.

Malah katanya, projek terbaru iaitu, M Astra, telah dijual sepenuhnya dalam tempoh setahun, mencerminkan selera pembeli dan kepercayaan terhadap jenama Mah Sing.

“Pembangunan akan datang ini, M Azura, menandakan usaha ketiga kami dalam bidang ini. Memanfaatkan permintaan limpahan daripada kedua-dua pembangunan kami sebelum ini, kami percaya M Azura akan disambut mesra oleh pembeli rumah kali pertama dan mereka yang ingin menaik taraf di kawasan jiran,” katanya.

M Azura akan terdiri daripada dua blok pangsapuri servis dengan binaan indikatif seluas 700 kaki persegi, 850 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi berdasarkan pelan awal dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Harga jualan indikatif bermula dari RM396,800. Pendaftaran minat disasarkan dibuka pada 1Q2024.

M Azura boleh diakses melalui Jalan Genting Kelang, Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Duke dan Jalan Tun Razak.

Sebagai TOD, projek itu hanya 3.9km dari stesen LRT Sri Rampai, 4km dari stesen LRT Wangsa Maju dan 250m dari stesen MRT Rejang yang dicadangkan.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar