Pemberian eMADANI RM100 tidak jejas inflasi negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Pemberian kredit RM100 eMADANI kepada 10 juta rakyat yang layak, dijangka tidak akan menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi di negara ini, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri Kewangan I, itu berkata jumlah keseluruhan RM1 bilion yang diperuntukan bagi program berkenaan adalah jauh lebih sedikit berbanding angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika ini.

Malah, jelasnya, pemberian eMADANI tidak menyebabkan inflasi kerana di pasaran wang, jumlah RM1 bilion ini akan menjadi RM3 bilion berikutan kesan pengganda.

“Oleh itu, RM3 bilion ini ia tidak akan menjejaskan RM1.8 trilion jumlah ekonomi negara atau KDNK. Bank Negara Malaysia (BNM) juga menganggapnya tidak menaikkan kadar inflasi,” katanya.

Beliau hadir sebagai tetamu pada program bual bicara Apa Khabar Malaysia : Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Bernama TV.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan kredit e-MADANI yang dilaksanakan secara sekali bayar itu dibuka bagi pendaftaran dan tuntutan mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Inisiatif daripada Kementerian Kewangan (MoF) itu bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai yang memberi manfaat kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

Dalam pada itu, mengulas keluhan mengenai kesukaran menebus kredit eMADANI, Ahmad menasihatkan mereka yang layak menerima bantuan itu agar tidak terburu-buru memandangkan tempoh penebusan yang masih panjang sehingga 20 Februari 2024.

“Tidak perlu terburu-buru kerana kita ada banyak masa serta empat platform untuk menebus eMADANI,” katanya.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028