SC lantik Tan Sri Abu Samah Nordin sebagai Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit SC baharu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Tan Sri Abu Samah Nordin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) berkuat kuasa 5 Januari 2024.

Perlantikan Abu Samah bagi menggantikan Datuk Anantham Kasinather, yang menamatkan penggal tiga tahunnya sebagai pengerusi bukan eksekutif AOB pada 30 November 2023.

AOB SC dalam satu kenyataannya menzahirkan penghargaan kepada Anantham atas kepimpinan dan sumbangannya kepada AOB sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Abu Samah membawa bersama pengalaman lebih 40 tahun dalam pelbagai kapasiti dalam agensi kerajaan dan perkhidmatan kehakiman,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Abu Samah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Bahagian Komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1994, sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Komersial pada 1996.

Katanya, beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan, Shah Alam dan Melaka antara 1997 dan 2003.

“Berikutan itu, Abu Samah kemudiannya menjadi Hakim di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2007.

“Beliau kemudiannya dinaikkan ke Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama dan Mahkamah Persekutuan pada 2013 sebelum bersara daripada perkhidmatan kehakiman pada 2018,” katanya.

Tambahnya, latar belakang dan pengalaman Abu Samah akan meningkatkan lagi keberkesanan peranan pengawasan AOB dan memupuk kepercayaan terhadap kualiti penyata kewangan yang telah diaudit di Malaysia.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar