Saham Rohas melonjak selepas pengumuman perolehan kotrak RTS Link

KUALA LUMPUR: Saham Rohas Tecnic Bhd meningkat setinggi 10 sen atau 33.33% kepada 40 sen, tertinggi sejak Februari 2021 dalam dagangan yang cergas hari ini.

Ia selepas pengumuman bahawa konsortium yang diterajui oleh kumpulan kejuruteraan pembinaan itu mendapat kontrak bernilai RM199.84 juta di bawah projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Kaunter itu adalah antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi dari segi nilai dalam dagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Harga sahamnya dibuka 12 sen atau 40% lebih tinggi pada 42 sen.

Konsortium anak syarikat milik penuh Rohas Tecnic, Rohas-Euco Industries Bhd (REI) dan Sediabena Builders Sdn Bhd (SBSB) semalam memperoleh kontrak daripada Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) untuk kerja pembinaan dan penyiapan bahagian luar Stesen Bukit Chagar bagi projek RTS Link – Pakej 8.

MRTS adalah anak syarikat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Konsortium REI dan SBSB ditubuhkan pada 20 Oktober 2023 bagi tujuan pembidaan projek RTS Link.

Rohas Tecnic dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, selepas penganugerahan projek RTS Link – Pakej 8 itu, REI dan SBSB akan memeterai perjanjian usaha sama secara terperinci dengan cadangan nisbah ekuiti sebanyak 70% (REI) dan 30% (SBSB).

Projek RTS Link – Pakej 8 dijangka siap pada 31 Mei 2025, katanya.

Menurut syarikat itu, projek berkenaan tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama RTB kerana ia tidak membabitkan sebarang peruntukan atau penerbitan saham baharu oleh RTB.

Tanpa mengambil kira keadaan di luar jangka, projek RTS Link – Pakej 8 dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan RTB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan 2025, selain membawa impak kewangan positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan Rohas Tecnic.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028