Rombak industri sawit supaya terus mapan – Johari

KUALA LUMPUR: Industri sawit di Malaysia perlu dirombak, termasuk memastikan penglibatan serta kerjasama semua pihak terbabit bagi menjamin kelangsungan kemampanan sektor itu di masa akan datang.

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kalangan peserta industri dan pekebun kecil perlu bekerjasama agar industri itu dapat dimajukan tanpa membabitkan peruntukan yang banyak daripada kerajaan.

“Banyak isu kena selesai…bukan sahaja membabitkan kementerian, tetapi juga pemain-pemain industri termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felcra Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

“Mereka ini kena kuat dan kukuh supaya pekebun kecil boleh bergantung kepada mereka. Jika tidak, ini hanya menyukarkan pekebun kecil dan boleh menjejaskan pendapatan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Mengulas selanjutnya, Johari turut menekankan kepentingan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada bagi menarik minat pembelian produk lengkap serta bahan mentah dalam jangka panjang.

Selain itu, persepsi terhadap pekerjaan dalam industri itu juga perlu diubah, terutama dalam kalangan generasi muda.

“Sebagai contoh anak muda dari kalangan keluarga peneroka sudah tentu mempunyai asas dalam industri itu. Justeru, apa diperlukan adalah latihan profesional menerusi pendidikan tinggi vokasional dan industri (TVET) yang dapat melahirkan golongan profesional industri ini di masa depan,” katanya.

Malah, usaha sedemikian akan turut membantu menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam industri berkenaan, katanya.

Ini penting berikutan kekurangan kira-kira 40,000 pekerja asing dalam sektor sawit terbukti memberi impak besar terhadap hasil dengan kerugian nilai eksport Malaysia dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion.

Menyentuh isu Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), Johari berkata kerajaan sentiasa peka dengan peraturan berkaitan dalam usaha menghasilkan minyak sawit yang berkualiti dan terbukti mampan.

“Saya mahu lihat setiap ladang di Malaysia adalah bertaraf dunia dan ini memerlukan semua pihak mematuhi garis panduan serta peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Johari berkata Dasar Agrikomoditi 2030 pula menyaksikan penglibatan kerajaan dari segi memelihara alam sekitar serta meningkatkan produktiviti dan melindungi hak pekerja terbabit.

Tindakan positif sedemikian mampu meningkatkan nilai eksport minyak sawit selain menarik pelaburan ke dalam negara ini, kata beliau. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar