Minat mendalam terhadap teknologi, R&D dorong Tengku Abu Bakar sertai Datasonic

KUALA LUMPUR: Minat yang mendalam terhadap teknologi dan perkembangan globalnya mendorong Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah sertai Datasonic Group, sebagai Pengerusi Eksekutif.

Beliau yakin Datasonic mempunyai peluang yang jelas untuk mengharungi gelombang pendigitalan global kerana Datasonic adalah sebuah syarikat tempatan yang dilengkapi dengan keupayaan global.

“Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Datasonic mendapat permintaan tinggi dan dijangka terus berkembang, menjadikannya prospek yang menarik walaupun perniagaannya sedang mengalami evolusi pesat berikutan peralihan kepada transformasi digital,” katanya.

Tambah beliau, komitmen Datasonic terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) sememangnya tiada tandingan.

Secara peribadi dapat di lihat bahawa Datasonic sebagai entiti yang baik untuk Malaysia dengan mempunyai keupayaan kukuh untuk pertumbuhan selanjutnya, ujar beliau.

Pada masa ini, buku tempahan Datasonic berjumlah kira-kira RM400 juta, manakala buku tendernya berjumlah RM1 bilion.

Datasonic turut menerima surat anugerah dan empat lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM175 juta awal tahun ini.

Beliau percaya Datasonic dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk projek kerajaan yang kritikal.

“Selain membuktikan reputasi kami untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi, anugerah kontrak ini mewujudkan peluang untuk mengukuhkan kerjasama, peluang masa depan yang berpotensi dan pertumbuhan berterusan Datasonic di mana kami berazam untuk terus mencapai sasaran yang ditetapkan dan melangkauinya,” katanya.

Daripada mengemudi Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) hingga mengambil alih sebagai Pengerusi Eksekutif Datasonic pada Julai 2023, perjalanan Tengku Abu Bakar mencerminkan dedikasi, visi strategik dan pandangan yang tajam untuk peluang yang muncul

Tengku Abu Bakar menyatakan hasratnya untuk mengembangkan pelaburan, khususnya dalam hartanah, keselamatan makanan, dan sektor digital dan teknologi.

“Dengan pertambahan penduduk dan peningkatan kemakmuran negara, industri hartanah menawarkan prospek yang memberangsangkan di mana saya tidak sabar-sabar untuk meneroka dan memanfaatkan potensi pertumbuhan dan kejayaan yang ditawarkan oleh sektor hartanah bagi menyelaraskan strategi pelaburan kami dengan landskap dinamik negara membangun.

Tengku Abu Bakar menambah Malaysia berada dalam keadaan baik dengan ekonomi yang berkembang maju, terutamanya bagi pelabur strategik, walaupun persekitaran global yang mencabar, prospek pertumbuhan Malaysia kekal pada trajektori menaik.

Beliau menambah, prestasi dan pencapaian yang dicapai Malaysia mencerminkan kemajuannya, di samping optimis tentang pertumbuhan Malaysia.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028