Boustead Heavy Industries terima kontrak lanjutan untuk penyenggaraan kemudahan kapal selam TLDM

KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak lanjutan daripada Kementerian Pertahanan untuk penjagaan kemudahan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM3.5 juta.

Surat anugerah bertarikh 14 Februari itu diberikan kepada anak syarikat milik penuh BHIC iaitu BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES).

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata, tempoh kontrak adalah selama 45 hari.

Kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian.

“Lanjutan daripada pengumuman bertarikh 18 Mei 2023, Syarikat kini mengumumkan bahawa pada 26 Februari 2024, BSES, anak syarikat milik penuh BHIC, telah menerima Surat Anugerah bertarikh 14 Februari 2024 daripada Kementerian Pertahanan Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia, menganugerahkan BSES lanjutan kepada Kontrak Penyelenggaraan Kemudahan Kapal Selam untuk TLDM pada nilai kontrak RM3.5 juta untuk tempoh kontrak selama 45 hari mulai 1 Januari 2024 hingga 14 Februari 2024,” kata pemakluman itu.

Menurut BHIC, kontrak tersebut akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan BHIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar