Econpile raih kontrak bernilai RM83 juta kerja substruktur bina vila di Bukit Tunku

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM83 juta daripada BRDB Developments Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja substruktur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Econpile berkata kontrak itu melibatkan kerja tanah, struktur penahan, cerucuk, penutup cerucuk dan tunggul, papak terendah, dek jalan dan kerja sampingan untuk cadangan pembangunan 146 unit kediaman vila, kemudahan bersama dan rumah kelab di Taman Duta, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

“Projek itu dijadual siap dalam tempoh 18 bulan dari 1 Mac 2024.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat mulai tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan seterusnya,” katanya.

Katanya tiada risiko ketara yang boleh dijangkakan selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan projek semasa tempoh kontrak.

Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian sedemikian.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028