Ducati lancar dua model baharu, sasar peningkatan 6.5% bahagian pasaran

KUALA LUMPUR: Ducati Malaysia menyasar untuk meningkatkan bahagian pasaran kepada 6.5 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) pada akhir 2023 berbanding lima peratus pada masa ini.

Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael berkata, peningkatan pasaran itu akan menyamai peningkatan jualan kira-kira 30 peratus jualan pada 2022.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran dua model baharu Ducati, Panigale V4R dan Monster SP di sini pada Isnin.

Menerusi pelancaran itu, kedua-dua model terbabit menambah barisan motosikal berkuasa tingginya.

Harga jualan asas Panigale V4 R adalah RM458,900 manakala Monster SP berharga RM98,900, katanya.

Pasaran sasaran bagi Panigale V4 R adalah semata-semata untuk kalangan pengumpul memandangkan model ini tidak banyak dihasilkan dan motosikal ini untuk kegunaan litar.

“Motosikal ini merupakan juara di litar bagi sesiapa yang menggemari kelajuan dan pada masa yang sama menyimpannya sebagai koleksi,

“Sementara itu Monster SP disasarkan untuk mereka yang menggemari sukan tunggangan, kegunaan litar, peminat motosikal berkuasa tinggi dan pada masa sama sebagai kegunaan harian,” katanya.

Michael berkata dua unit Panigale V4 R telah dijual, dan Ducati Malaysia menjangkakan dapat menjual sekurang-kurangnya 20 motosikal Monster SP.

Sementara itu, Ducati Malaysia turut melancarkan pengedaran baharu bernilai RM1 juta yang terletak di Wisma Pahlawan, di sini.

Kemudahan ini meliputi bilik pameran dan pusat servis motosikal khusus dengan kapasiti sehingga 100 motosikal sebulan.

“Pembukaan bilik pameran Ducati Kuala Lumpur merupakan satu peristiwa penting bagi kami — sambutan bagi pertumbuhan dan evolusi berterusan jenama ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Goncalves

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar