Aset rizab rasmi negara cecah AS$114.42 bilion

KUALA LUMPUR: Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$601.3 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata mengikut format ‘Special Data Dissemination Standard’ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Ia turut memberi panduan mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang, menurut bank pusat itu.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$16.15 juta.

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$22.99 bilion pada akhir April 2023, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya.

BNM berkata, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

Bank pusat berkata, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.23 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Katanya, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$371 juta.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen serta tidak mempunyai kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028