Agrico Qatar berminat dapatkan bekalan minyak sawit mentah Malaysia – PM

KUALA LUMPUR: Syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar, Agrico Agriculture Development W.L.L. (Agrico Qatar) berhasrat untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan minyak kelapa sawit milik Agrico di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang disuarakan ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Agrico Qatar Ahmed Hussain Al-Khalaf di pejabatnya semalam.

“Insya-Allah, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kerajaan Negeri Selangor sedang menyelaraskannya. Produk ini seterusnya akan menjadi produk-produk berkualiti tinggi yang berpotensi dieksport ke Qatar, Tanzania, Afghanistan, India, dan negara-negara di rantau Timur Tengah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu, Duta Qatar ke Malaysia Salah Mohammed Al-Sorour serta wakil-wakil daripada MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Beliau berkata Kerajaan Malaysia akan terus memperkukuhkan jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Qatar serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari Qatar untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia.

Perdana Menteri berkata Agrico Qatar merupakan satu-satunya syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar yang mengguna pakai teknologi terkini secara mampan.

Melalui kaedah ini, katanya Agrico berjaya menghasilkan kira-kira 3,000 tan metrik sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti sepanjang tahun, memenuhi sekurang-kurangnya 90 peratus permintaan pasaran tempatan Qatar.

Anwar berkata pada tahun 2023, Agrico Qatar melalui Agrico (M) Sdn. Bhd. menyasarkan untuk melaksanakan projek-projek dalam tiga sektor iaitu penapisan minyak sawit, pertanian dan keselamatan makanan, dengan nilai pelaburan dianggarkan sebanyak RM1.5 hingga RM2.0 bilion.

Katanya ia selari dengan Wawasan 2030 Qatar dan Pelan Tindakan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025, Malaysia menyambut baik usaha-usaha pihak swasta dalam menyokong agenda-agenda kerajaan ke arah menjamin keselamatan makanan serta memantapkan lagi rantaian bekalan makanan bagi kedua-dua negara.

  • Coelho

    Related Posts

    BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

    KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

    ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

    KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar