Khazanah raih RM67 juta dilabur dalam PolicyStreet

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), di bawah mandat Dana Impak mengumpul keseluruhan AS$15.3 juta (RM67 juta) daripada pusingan pengumpulan dana Siri B syarikat teknologi insurans tempatan (InsurTech) Malaysia, PolicyStreet.

Pelaburan Khazanah dalam PolicyStreet melengkapi Future Malaysia Programme yang bermatlamat untuk menyokong ekosistem pemula niaga tempatan merangkumi usahawan, syarikat pemula niaga, modal teroka dan program usaha sama korporat melalui kerjasama dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa.

“Future Malaysia Programme menyokong pelaburan ke dalam syarikat dengan model perniagaan mampan yang memberikan impak sosioekonomi kepada Malaysia, seperti PolicyStreet, yang memerlukan suntikan modal berisiko,” menurut Khazanah dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, berkata Dana Impak adalah komitmen sayap pelaburan kerajaan itu terhadap pelaburan strategik bagi meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia dan membina daya tahan negara, serta penyampaian faedah dan impak sosioekonomi kepada rakyat Malaysia.

“Pelaburan kami dalam PolicyStreet menyasarkan peningkatan penembusan insurans dalam segmen yang tidak mendapat tumpuan dan kurang mendapat tumpuan bagi menyokong keterangkuman, menyediakan perlindungan kewangan yang lebih baik, meningkatkan daya tahan isi rumah dan kesejahteraan kewangan.

“Kami akan terus melabur dalam penyedia penyelesaian yang inovatif dan berkesan yang memanfaatkan teknologi dan inovasi produk untuk menyumbang kepada negara. Ini sejajar dengan komitmen kami untuk memacu ekosistem permulaan tempatan melalui Future Malaysia Programme, sebagai sebahagian daripada imperatif strategik kami,” katanya.

Amirul Feisal berkata, Dana Impak berusaha untuk mencipta impak sosioekonomi dalam semua pelaburannya.

Dana Impak adalah peruntukan RM6 bilion bagi tempoh lima tahun dan menjadi tonggak utama di bawah strategi Memajukan Malaysia (Advancing Malaysia) Khazanah, dengan matlamat untuk meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia, membina daya tahan negara, serta memberikan impak sosioekonomi kepada rakyat Malaysia.

PolicyStreet adalah syarikat InsurTech tindanan penuh atau ‘full-stack’ yang menawarkan penyelesaian insurans digital dan tersuai kepada pengguna dan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama PolicyStreet, Yen Ming Lee, berkata syarikat itu komited untuk memperkasakan perniagaan dan pengguna dengan insurans di bawah nilai pasaran dengan menyediakan penyelesaian insurans yang mudah diakses.

“Dengan lebih setengah juta pekerja gig B40 dan 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sudah mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini, kami menyasarkan untuk memberi perkhidmatan kepada 2.5 juta pekerja gig serta 300,000 PKS dalam tempoh lima tahun akan datang, mewujudkan masa depan yang lebih inklusif dari segi kewangan untuk komuniti di Malaysia dan rantau ini,” katanya.

Sejak penubuhannya pada 2017, PolicyStreet mencapai pelbagai kejayaan, termasuk menjadi InsurTech tempatan pertama yang dianugerahkan lesen Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2019.

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028