Ringgit kekal lemah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat kembali, pulih daripada kerugiannya sebelum ini dan dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu, disokong oleh kenaikan harga minyak di tengah-tengah dolar AS yang agak lemah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6000/6050 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.6055/6100.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat ringgit bagaimanapun dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat kerana pelabur mahu menantikan penilaian terkini Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.

“Naratif akan ada monetari yang lebih ketat sekali lagi menjadi perhatian dan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 13-14 Jun, masih ada perbincangan mengenai kemungkinan berlakunya kenaikan kadar faedah,” katanya.

Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.22 peratus kepada AS$76.46 setong.

Sementara itu pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika di Parlimen menekankan bahawa penyusutan nilai ringgit baru-baru ini disebabkan terutamanya kerana kenaikan faedah di Amerika Syarikat.

Tambahnya, unit tempatan itu bukan satu-satunya mata wang di rantau ini yang merosot nilainya tahun ini.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan meningkat kepada 3.3001/3039 berbanding yen Jepun daripada 3.3050/3085 pada penutupan Selasa dan mengukuh berbanding euro untuk mencatatkan paras 4.9220/9274 daripada 4.9237/9286 tetapi lemah berbanding pound Britain kepada 5.7183/7245 daripada 5.7131/7187 semalam.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Unit tempatan itu merosot berbanding baht Thai kepada 13.2443/2640 daripada penutupan Selasa pada 13.2357/2547 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.19/8.20.

Namun begitu, ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4135/4174 daripada 3.4140/4179 semalam dan lebih baik berbanding rupiah Indonesia kepada 309.5/310.0 daripada 309.8/310.3.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028