Petronas bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini

KUALA LUMPUR: Petronas komited untuk membayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini, iaitu lebih tinggi daripada jumlah awal RM35 bilion, kata presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.

Menurut beliau, syarikat minyak dan gas negara mempunyai kapasiti untuk membayar jumlah ini, walaupun harga minyak mentah semasa dijangka lebih rendah daripada yang dicatatkan tahun lepas, tambahnya.

“Kami berada dalam kedudukan yang baik. Kami telah memasukkan (RM40 bilion) dalam pembayaran berjadual yang dipersetujui,” katanya ketika mengulas komitmen dividen Petronas di tengah-tengah persekitaran yang mencabar tahun ini.

Tengku Muhammad Taufik mendedahkan perkara itu semasa taklimat bersama media menjelang pengumuman keputusan suku pertama Petronas hari ini.

Petronas berkata, sebarang dividen tambahan akan berdasarkan kemampuan Petronas selepas menimbang keperluan operasi, komitmen pertumbuhan dan obligasi kewangan.

Syarikat itu turut mencatatkan keuntungan bersih terbesar dalam sejarah sebanyak RM101.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Dalam tempoh dikaji itu, syarikat minyak dan gas nasional itu turut mencatatkan pendapatan tertinggi berjumlah RM375.3 bilion.

Pada suku pertama 2023 pula, Petronas mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM23.8 bilion, naik dua peratus berbanding RM23.4 bilion suku sama tahun sebelumnya.

Namun, berbanding suku keempat 2022, keuntungan bersih syarikat minyak dan gas nasional itu merosot dua peratus.

Pendapatan kumpulan pada suku pertama 2023 berjumlah RM90.4 bilion, meningkat 16 peratus berbanding RM78.2 bilion pada suku sama 2022.

Bagaimanapun, pendapatan Petronas merosot 15 peratus berbanding RM105.9 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2022.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028