Bekas Pengarah Revenue Berhad berdepan 12 pertuduhan memalsukan dokumen bernilai RM13.829 juta

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pemalsuan dokumen dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat berjumlah RM13.829 juta.

Brian, 50, didakwa melakukan kesalahan itu bersama pengurus Cheng Choon Choon di Wisma Revenue, Kepong antara 22 Mei 2020 dan 8 Ogos 2022.

Invois palsu dan pesanan pembelian adalah untuk Golden Infor Services, Accucom Solutions PLT, dan Omega Dynasty Sdn Bhd.

Dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang didakwa dilakukan antara Mei 2020 dan Ogos 2022 di Wisma Revenue, Kepong.

Jika di dapati bersalah, Brian berdepan hukuman penjara maksimum selama tujuh tahun dan boleh dedenda.

Brian minta dibicarakan bagi semua pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM500, 000 dengan seorang penjamin, dan Brian diperintahkan melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dan Mohd Shahrom Idris, manakala Ng diwakili Peguam Amir Hamzah Arshad dan New Sin Yew.

Pada March lalu, Brian bersama abangnya Dino Ng Shih Fang yang juga bekas pengarah dan pengasas bersama Revenue Group Bhd didakwa atas pertuduhan menyalagunakan harta milik syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, dua beradik itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan hakim Rozina Ayob dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mempunyai niat bersama untuk menipu menyebabkan pegawai CIMB Bank Bhd mendaftarkan aset syarikat itu, Toyota Vellfire, di bawah nama Dino.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028