Pengeluaran getah asli negara merosot

PUTRAJAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 13.7 peratus kepada 23,460 tan pada April 2023 daripada 27,188 tan pada Mac 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya pengeluaran getah asli naik tahun ke tahun, meningkat 3.4 peratus daripada 22,695 tan pada April 2022.

“Sektor pekebun kecil menyumbang 87.7 peratus daripada pengeluaran manakala sektor estet menyumbang 12.3 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah stok getah asli berkurangan 4.5 peratus kepada 194,527 tan pada April 2023 daripada 203,757 tan pada bulan sebelumnya.

Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 91.2 peratus diikuti kilang pengguna getah (8.7 peratus) dan estet getah (0.1 peratus).

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 37,728 tan pada April 2023, yang merosot 17.6 peratus daripada 45,789 tan pada Mac 2023.

China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 48.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada April 2023 diikuti Jerman (11.7 peratus), Pakistan (5.6 peratus), Turkiye (3.9 peratus) dan Portugal (3.3 peratus).

“Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.

“Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM800 juta pada April 2023, menurun 32.6 peratus berbanding Mac 2023 (RM1.2 bilion),” katanya.

Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat mencatatkan penurunan iaitu 6.6 peratus (April 2023: 495.00 sen sekilogram; Mac 2023: 530.11 sen sekilogram) manakala sekerap berkurangan 0.7 peratus (April 2023: 465.21 sen sekilogram; Mac 2023: 468.68 sen sekilogram).

Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (SMR) merosot antara 0.1 peratus dan 6.6 peratus.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028