Malaysia catat peningkatan aliran masuk bersih FDI kepada RM74.6 bilion pada 2022

KUALA LUMPUR: Aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia meningkat kepada RM74.6 bilion pada 2022 daripada RM50.4 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, manakala pelaburan di luar negara (DIA) mencatatkan RM58.6 bilion berbanding RM19.4 bilion pada 2021.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjelaskan, pada akhir 2022, kedudukan FDI mencatatkan nilai yang lebih tinggi iaitu RM879.1 bilion.

Prestasi FDI dan DIA yang menggalakkan itu menunjukkan keadaan ekonomi dalam negara yang memberangsangkan sekali gus menarik syarikat asing untuk terus melabur manakala syarikat tempatan mengembangkan dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan di luar negara, menurut DOSM dalam kenyataan mengenai Statistik FDI di Malaysia dan DIA Malaysia 2022 yang dikeluarkan pada Khamis.

Jabatan itu memaklumkan berdasarkan prestasi FDI mengikut sektor, pembuatan berkembang RM17.1 bilion untuk merekodkan aliran masuk bersih RM49.5 bilion yang menyumbang kepada aliran terbesar dalam FDI.

“Sektor pembuatan pula menarik 66.4 peratus daripada jumlah pelaburan, terutama dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan pembuatan lain.

“Sementara itu, perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terutama dalam aktiviti kewangan, diikuti sektor perlombongan terutama dalam bentuk ekuiti dan dana pelaburan saham,” jelasnya.

Rantau Amerika memintas Asia sebagai rantau tertinggi FDI bagi 2022 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM42.6 bilion, terutama dari Amerika Syarikat yang berjumlah RM37.8 bilion.

Kedudukan FDI telah meningkat kepada RM879.1 bilion pada akhir tahun 2022 daripada RM782.0 bilion pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, rantau Asia menjadi sumber utama kedudukan FDI dengan nilai sebanyak RM449.0 bilion, diikuti oleh Eropah pada RM224.5 bilion dan Amerika pada RM187.3 bilion pada akhir tahun 2022.

DOSM menjelaskan, sektor perkhidmatan kekal sebagai penerima terbesar iaitu 48.4 peratus atau RM429.1 bilion, dipacu oleh aktiviti kewangan dan borong, diikuti oleh sektor pembuatan yang merangkumi 43.5 peratus dari jumlah FDI, terutama dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan pembuatan lain.

Seperti prestasi FDI, aliran DIA meningkat sebanyak RM39.3 bilion untuk merekodkan RM58.6 bilion pada 2022, disumbangkan oleh aliran keluar yang lebih tinggi dalam ekuiti dan keuntungan yang dikekalkan di luar negara.

Perkhidmatan kekal sebagai sektor utama bagi DIA, menyumbang 72.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan terutama dalam aktiviti kewangan. Sementara itu, sektor perlombongan dan pengkuarian serta pembuatan masing-masing menyumbang 12.5 peratus dan 10.2 peratus, tambah jabatan itu.

DOSM memaklumkan, Asia memintas Eropah sebagai rantau utama bagi aliran DIA pada 2022 dengan nilai sebanyak RM23.5 bilion terutama ke Indonesia dan Singapura.

Ini diikuti oleh Eropah dan Amerika masing-masing pada RM21.0 bilion dan RM12.0 bilion.

Secara keseluruhan, negara penyumbang utama bagi aliran DIA adalah terutamanya disalurkan ke Belanda, Indonesia dan Singapura.

Pada akhir tahun 2022, kedudukan DIA berada pada RM607.5 bilion berbanding RM546.5 bilion pada 2021, dengan Singapura, Indonesia dan Belanda merupakan tiga destinasi utama bagi para pelabur, tambah jabatan itu.

Menurut DOSM setelah pandemik COVID-19 mereda dan ekonomi global mula kembali pulih secara perlahan-lahan daripada kesannya, analisis lanjut mengenai pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan pada 2022 menunjukkan pelabur FDI dan DIA terus menikmati pulangan yang tinggi.

Dari segi purata, pulangan pelaburan bagi syarikat yang membuat FDI pada 2022 turun sedikit kepada RM0.12 daripada RM0.13 pada 2021 bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan.

Sementara itu, syarikat Malaysia menerima RM0.08 bagi setiap RM1.00 pelaburan yang dibuat di luar negara.

DOSM menjelaskan, selain itu perlu diberi perhatian bahawa sektor perkhidmatan memperoleh pendapatan tertinggi daripada FDI, sementara sektor pembuatan memperoleh pendapatan tertinggi daripada DIA.

Goncalves

Related Posts

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028