Boustead akan dikeluarkan dari Bursa Malaysia berkuatkuasa 28 Jun

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (Boustead) akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd, berkuatkuasa 9 pagi pada 28 Jun ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata langkah penyahsenaraian berkenaan adalah selaras dengan ketetapan Perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Pada Mac lepas, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah membuat tawaran pengambilalihan secara sukarela bagi 40.58 peratus kepentingan atau 822.51 juta saham dalam Boustead serta merancang untuk menjadikannya sebagai syarikat persendirian.

LTAT yang pada masa ini menguasai 59.4 peratus kepentingan dalam Boustead, dijangka membayar sejumlah RM703.2 juta atau 85.5 sen sesaham bagi langkah itu

Usaha pengambilalihan itu selesai pada Jun dengan pegangan saham LTAT dalam Boustead berjumlah kira-kira 97.63 peratus, sekali gus membolehkan penyahsenaraian syarikat serta pembatalan peruntukan pengambilalihan wajib bagi baki saham.

Media sebelum ini melaporkan syarikatitu akan mula melaksanakan strategi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memperhebatkan lagi transformasi kumpulan di bawah struktur pegangan saham baharu setelah selesai proses nyahsenarai.

Pada 12 Jun 2023, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kejayaan pengambilalihan Boustead pada tarikh tutup tawaran, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan sempena mesyuarat agung tahunan ke-61 Boustead yang diadakan secara maya hari ini.

“Selaras dengan perenggan 16.07 keperluan penyenaraian, Boustead akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities bagi penarikan balik status penyenaraiannya daripada senarai rasmi Bursa Securities,” katanya.

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman, berkata penyahsenaraian itu akan menandakan lembaran baharu dalam sejarah kumpulan dan penetapan semula akan dibuat secara ‘objektif, bertanggungjawab dan mampan dalam membuka kunci nilai’.

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead, Izaddeen Daud, pula berkata selain langkah nyahsenarai, kumpulan yakin dengan daya tahan perniagaan terasnya yang pelbagai.

“Kami akan terus mempertajamkan fokus terhadap program peningkatan prestasi serta melaksanakan strategi pengurusan kos yang berhemat untuk melonjakkan kecekapan operasi dan memacu margin keuntungan.

“Selain itu, kami sedang giat meneroka aliran pendapatan baharu dan memperkemas aset bukan strategik bagi memacu pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028