Dzuleira dilantik sebagai CEO SKS Airways

KUALA LUMPUR: SKS Airways Sdn Bhd, yang melancarkan penerbangan komersial dari Subang pada Januari 2022, melantik Dzuleira Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 September 2023.

Dzuleira, yang telah memberikan notis peletakan jawatannya sebagai CEO Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), akan mengambil alih jawatan itu daripada pemangku CEO dan Pengarah Eksekutif semasa, Datuk Rohman Ahmad, demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rohman bagaimanapun akan kekal dalam lembaga pengarah SKS Airways sebagai Pengarah Eksekutif.

“Dzuleira ialah peneraju berwawasan dengan lebih daripada 20 tahun rekod prestasi cemerlang dalam modal teroka, keusahawanan, pelaburan dan industri teknologi,” kata SKS Airways.

Sementara itu, Dzuleira berkata beliau berbesar hati kerana dilantik sebagai CEO SKS Airways.

“Ia adalah masa yang sesuai untuk berada dalam industri penerbangan dan saya teruja dengan visi pemegang saham untuk SKS Airways. Terdapat banyak potensi dalam SKS Airways dan saya tidak sabar untuk menerajui syarikat penerbangan itu,” katanya.

Bulan lalu, SKS Airways menjalin kerjasama strategik dengan peneraju industri penerbangan, Embraer Asia Pacific dan Azorra Aviation Holdings, untuk pajakan 10 jet satu lorong Embraer E195-E2 dalam perjanjian bernilai lebih AS$840 juta (RM3.9 bilion) daripada Azorra.

Syarikat penerbangan itu berkata dua jet Embraer E195-E2 pertama akan tiba pada Januari 2024, sekali gus melengkapkan kumpulan pesawat baharu itu.

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028