AHB beli 51 peratus kepentingan CAF Motors

KUALA LUMPUR: AHB Holdings Bhd (AHB) membeli 51 peratus kepentingan dalam CAF Motors Sdn Bhd (CAF), sebuah syarikat kenderaan elektrik (EV) tempatan, bernilai RM10 juta.


CAF ialah jenama tempatan Malaysia dan CAF mempunyai hak eksklusif dalam pemasaran, penjualan serta pengedaran van elektrik CAF, iaitu CE1.


AHB dalam kenyataan hari ini berkata, selepas pelaksanaan usaha wajar akan datang dan pelaksanaan perjanjian jualan saham untuk memperoleh CAF daripada CAF Global Tech Sdn Bhd, AHB akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penjualan, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan produk kenderaan elektrik berjenama CAF.


“Melalui pengambilalihan ini, AHB akan menerokai industri EV dan menjangkakan dapat menyumbang kepada hasil dan keuntungan masa hadapan,” katanya.


Pelanggan berpotensi untuk van EV ialah syarikat logistik tempatan dan e-dagang dalam talian utama.
Pada Mei 2023, kekanda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dilantik menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif AHB yang baharu.


Pelantikan baginda bagi mengisi kekosongan jawatan Tan Sri Mazlan Lazim yang meletak jawatan pada September tahun lalu.


Pelantikan Puteri Johor itu telah menarik perhatian pelabur dan menjana harapan pembangunan masa depan syarikat itu.

  • Coelho

    Related Posts

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar