Selepas Kritik Calon PRN, Muhammad Faiz Umum Keluar Bersatu

  • News
  • August 7, 2023

KUALA LUMPUR: Muhammad Faiz Na’aman, antara pengasas awal Bersatu hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan ahli parti itu, berkuatkuasa hari ini.

Surat memaklumkan peletakan jawatan bertarikh 7 Ogos 2023 telah dihantar kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhammad Faiz, pada baru-baru ini mengkritik keputusan kepimpinan Bersatu yang masih mengekalkan calon kalah dalam PRU15 untuk bertanding pada PRN Selangor.

Beliau mendakwa parti itu semakin jauh dari tujuan asal penubuhannya untuk memberi banyak ruang kepada orang muda mempunyai latar belakang bersih, kelayakan akademik dan setia kepada parti.

Menyorot keputusan Bersatu dalam pemilihan calon PRN, adalah tidak mustahil parti itu akan mengulangi sejarah kekalahan seperti yang diterimanya di Melaka dan Johor.

“Keputusan kepimpinan parti yang seringkali mengabaikan suara akar umbi, para pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan Bersatu mengalami kekalahan dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini.

“Sejarah itu juga dilihat bakal berulang dalam PRN enam negeri, terutama untuk kerusi Bersatu dalam PRN Selangor sekarang.

“Pemilihan calon berat sebelah kepada pihak kartel tertentu dan calon bidan terjun yang baru jadi ahli parti untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor menyebabkan terjadi pemberontakan rakyat dengan menjarakkan diri dari kelompok ultra Melayu, ultra liberal atau ekstremis agama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhammad Faiz merupakan antara 100 ahli dan orang muda terawal menyertai Bersatu ketika penubuhannya tahun 2016.

“Umum tahu, sepanjang saya berada dalam saf kepimpinan pusat, saya telah memainkan peranan agak aktif dalam mempertahankan parti serta pucuk pimpinan di media sosia serta media massa.

“Saya kekal istiqamah dan wala’ dengan kepimpinan parti selama tujuh tahun, walaupun sedar saya jarang diberi peluang serius untuk diperkasakan sebagai pemimpin pelapis walaupun ketika Bersatu dalam kerajaan Persekutuan sejak 2018 hingga 2021,” katanya.

Masih berjiwa politik, Muhammad Faiz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan menyertai wadah yang lain di masa akan datang.

“Saya hendak membuka lembaran buku baru kehidupan sempena penghijrahan saya ini tanpa menoleh lagi ke belakang.

“Saya harap, kita boleh mengamalkan politik matang berdasarkan rasional, fakta, realiti dan keutamaan dalam membentuk masyarakat adil, cerdik menilai dan tidak taksub dengan individu yang tidak maksum demi membina kembali negara majmuk.

“Kepada rakan yang masih berjuang dalam Bersatu dan keluarga besar Perikatan Nasional (PN), saya hormati pendirian serta semangat kalian,” ujarnya

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar