MATRADE akan perkenal platform ‘Hab Pengetahuan’ pada MIHAS 2023

KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 akan menjadi acara yang lebih memperkaya dan bermaklumat apabila Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk memperkenalkan Platform ‘Hab Pengetahuan’ yang dinanti-nantikan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global, dengan mengetengahkan barisan pakar dan pemimpin dalam bidang masing-masing yang mengagumkan.

“Ini menunjukkan komitmen kami dalam menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan kemudian mengubahnya menjadi pandangan boleh laksana seterusnya boleh mendorong industri ke arah kemajuan.

“Penglibatan pakar dari pelbagai negara menunjukkan dedikasi kami untuk mengadakan sebuah wacana menyeluruh yang merangkumi sudut pandangan global,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Berlandaskan peranan MIHAS 2023 sebagai platform untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan dan kerjasama, ‘Hab Pengetahuan’ itu akan dikendalikan oleh pemimpin perniagaan terkemuka yang mewakili dewan perniagaan dan persatuan perdagangan.

Sebagai antara tumpuan utama, ‘Hab Pengetahuan’ akan menampilkan sesi ‘Bertemu Pakar’ dengan pembeli premium akan membincangkan mengenai peluang dan keperluan penyumberan bagi syarikat Malaysia untuk menyertai rantaian bekalan pasaran.

“Sesi itu juga akan menampilkan pengeksport Malaysia yang telah berjaya menembusi pasaran untuk berkongsi pandangan dan kisah kejayaan dalam usaha eksport mereka.

“Topik yang dibincangkan semasa sesi ‘Bertemu Pakar’ juga akan merangkumi cabaran perniagaan dan isu termasuk penerimagunaan pendigitalan dan kemampanan yang penting bagi industri dalam melalui landskap kawal selia yang kompleks dan nuansa budaya untuk mewujudkan tapak di pasaran asing,” katanya.

Perbincangan juga akan menyelami pengalaman berharga pembeli dan penjual yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan.

Pertukaran pandangan ini akan memberikan perspektif 360 darjah mengenai selok-belok urus niaga perniagaan antarabangsa dalam industri halal, memperjelas berhubung amalan terbaik, kesulitan yang perlu dielakkan serta kisah kejayaan untuk dicontohi.

MIHAS 2023 yang dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta dianjurkan oleh MATRADE akan berlangsung pada 12 hingga 15 Sept, 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

MIHAS adalah pameran terbesar dunia yang dikhususkan untuk industri halal, dan penganjuran kali ini merupakan edisi ke-19. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028