Kerajaan Selangor kecuali cukai pintu kos rendah selain bantuan wang tunai RM1,000 kepada 5,000 wanita bekerja

PETALING JAYA: Pengecualian cukai pintu bagi rumah kos rendah dan rumah kampung antara perkara yang akan dilaksanakan oleh kerjaan Selangor dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya, menurut Menteri Besar Amiruddin Shari.

Selain itu, Amirudin juga berkata, pentadbiran negeri Pakatan Harapan-Barisan Nasional akan menaikkan elaun imam, bilal, siak dan nazir.

Beliau berkata, bantuan wang tunai RM1,000 juga akan diberikan kepada 5,000 wanita bekerja di Selangor bagi membantu mengurangkan kos penjagaan anak.

Seramai 500 petani, pesawah dan nelayan juga akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM 1,000, manakala 1,000 mahasiswa akan menerima baucar buku bernilai RM200.

Ini antara ikrar PH-BN dalam manifestonya bagi PRN di Selangor baru-baru ini.

“Pentadbiran ini akan memulakan tugas dan amanah dengan segera untuk melaksanakan lima perkara utama dalam tempoh 100 hari pentadbiran ini ditubuhkan,” kata Amirudin.

“Saya berpegang kepada ikhtiar untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling berjaya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di rantau ini. Berjaya bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi dengan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi.

“Berjaya bukan sahaja dari segi sumbangan KDNK paling tinggi, tetapi menelusuri solusi kepada perubahan iklim, khususnya banjir.”

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028