LHDN beku akaun bank milik Hamzah, ahli keluarga?

  • News
  • August 24, 2023

KUALA LUMPUR: Akaun bank milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan ahli keluarganya didakwa dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumber berkata, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu akan memberikan kenyataan berhubung dakwaan berkenaan hari ini.

Lapor Sinar Harian, memetik sumber berkata perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkan dan Hamzah memang menjadi sasaran politik.

Pada Jun lalu, media melaporkan, kediaman Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu diserbu pegawai LHDN susulan dakwaan terdapat beberapa cukai tidak dilaporkan.

Sebelum itu, beliau turut dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Larut itu mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan seorang ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN.

Pada 11 Ogos lalu, Hamzah dilapor mengeluarkan surat tuntutan kepada kerajaan sebagai menjawab dakwaan mengaitkan beliau dengan kes rasuah.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028