SC lantik dua ahli baharu Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Ahli Lembaga untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa pada 15 Ogos, 2023.

Dalam kenyataan pada Khamis, SC menjelaskan Lembaga, dilantik oleh Menteri Kewangan, bertanggungjawab untuk mengawasi keseluruhan tadbir urus SC dan diberi mandat untuk pengawalseliaan serta pembangunannya.

Pengerusi, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata latar belakang mereka akan membawa perspektif baru dan memastikan pendekatan yang menyeluruh untuk membuat keputusan dan pengawasan.

“Pelantikan Mohammad Faiz dan Alizatul Khair bermakna barisan Lembaga SC akan terdiri daripada kumpulan profesional yang lebih pelbagai dengan pengetahuan luas dalam pelbagai sektor,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Mohammad Faiz mempunyai lebih 38 tahun pengalaman dalam audit dan khidmat nasihat perniagaan di Malaysia dan United Kingdom.

Beliau ialah bekas rakan kongsi dan Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Institut Akauntan Malaysia dan Pengerusi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

Alizatul Khair pula mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman, pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) oleh Yang di-Pertuan Agong pada November 2020. –BERNAMA

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar