Tiada peningkatan aras radioaktif di perairan negara susulan pelepasan air Fukushima

  • News
  • August 25, 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),  memandang berat kerisauan rakyat dan akan memantau tahap keradioaktifan perairan negara dengan rapi menerusi Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia).

Ia susulan langkah Jepun menyalurkan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke laut semalam.

Atom Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pemantauan semasa oleh Atom Malaysia, tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan pada ketika ini daripada aktiviti tersebut.

MOSTI melalui Atom Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Eropah telah melakukan pemasangan Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS) untuk memantau sebarang peningkatan aras keradioaktifan secara “real-time” di perairan negara sebagai pengesanan amaran awal. 

Data dari stesen ini dipantau 24 jam dan 7 hari seminggu (24/7) di Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM) di Ibu Pejabat Atom Malaysia, Dengkil, Selangor.

Menurut kenyataan itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), membuat kesimpulan bahawa pendekatan dan aktiviti untuk melepaskan air yang dirawat Advanced Liquid Processing Systems (ALPS) adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang berkaitan. 

IAEA dalam dapatannya turut melaporkan bahawa pelepasan air terawat ke laut adalah terkawal, dilakukan secara berperingkat dan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar.

Namun, negara jiran seperti Korea Selatan dan China menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah Jepun kerana dikhuatiri ia boleh membawa akibat negatif untuk jangka masa panjang.

Menurut laporan AFP, China mengharamkan semua import makanan laut dari Jepun ‘untuk mencegah risiko keselamatan makanan daripada pencemaran radioaktif’ dan beberapa jam kemudian, Jepun menuntut China menarik balik larangan tersebut.

Jepun terpaksa melakukan pelepasan sisa air ini sebagai langkah perlu untuk penyahtauliahan loji kuasa itu, yang terletak di pantai timur negara itu, kira-kira 220km (137 batu) di timur laut ibu negara Tokyo.

Negara itu telah mengumpul dan menyimpan air tercemar dalam tangki selama lebih dari satu dekad menyebabkan ruang semakin berkurangan, menurut laporan.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028