Toyota Century SUV bakal muncul 6 September, bakal pesaing Rolls-Royce Cullinan

  • Auto
  • August 30, 2023

KUALA LUMPUR: Dengan trend permintaan terhadap sedan yang semakin menurun, Toyota nampaknya perlu berbuat sesuatu bagi memastikan plet nama berprestij Century tidak terus terpadam daripada sejarah.

Untuk itu, pengeluar tersebut dijangka akan melancarkan sebuah model baharu pada 6 September ini yang mampu mengekalkan tradisi Toyota Century sebagai sebuah kenderaan yang dikendalikan oleh pemandu peribadi.

Malah, gambar acah yang dibekalkan itu turut mengesahkan ia sebuah SUV dengan plet nama Century berdasarkan rekaan pintu belakang yang hampir dengan pintu tailgate, serta aksi seorang pemandu peribadi (chauffeur) yang memakai sarung tangan membuka pintu belakang kenderaan tersebut.

Terdapat beberapa laporan menarik yang muncul sebelum ini, seperti contoh Toyota Century SUV tidak akan berkongsi platform dengan model sedan Century dan nadi V8 yang ditawarkan pada model generasi terkini.

Sebaliknya, Century SUV itu akan menggunakan platform Grand Highlander (TNGA-K), dengan sistem trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) yang dipinjamkan daripada Lexus TX 550h+.

Ini bermakna, Toyota Century SUV akan menampilkan nadi bentangan V6 3.5 liter yang dipadankan dengan motor elektrik dan pek bateri, dengan kuasa keseluruhan mampu mencecah 406 hp.

Sebagai makluman, generasi ketiga Toyota Century yang muncul pada tahun 2018 membawakan enjin bentangan V8 2UR-FSE yang dipadankan dengan motor elektrik 221 hp, dengan kuasa keseluruhan 425 hp, tidak seperti model generasi kedua yang merupakan satu-satunya model Toyota yang didatangkan dengan nadi V12 1GZ-FE berkuasa 276 hp dan 460 Nm.

Di Jepun, Toyota bakal memasarkan Century SUV dengan tag harga yang lebih mahal berbanding model SUV Land Cruiser, namun tidak akan melebihi tanda harga yang ditetapkan untuk sedan Century.

Goncalves

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar