FGV masih berdepan kekurangan 3,500 pekerja, dijangka selesai akhir tahun ini – AmInvestment

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd ketika ini sedang berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja sebanyak 13 peratus atau seramai 3,500 pekerja, demikian mengikut AmInvestment Bank, lapor Berita Harian.

Menurut Penganalisisnya, Gan Huey Ling, dalam nota penyelidikan baru-baru ini, masalah berkenaan dijangka akan dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan pada akhir tahun ini.

“Kumpulan itu akan menerima 5,000 pekerja asing dari Indonesia dan India pada separuh kedua 2023 (2H23).

“Produktiviti pekerja baharu FGV juga semakin bertambah baik apabila hasil penuaian mereka telah meningkat daripada hanya 1.0 tan sehari kepada 1.2 tan sehari.

“Produktiviti mereka dijangka berkembang lagi kepada 1.5 hingga 1.7 tan sehari menjelang penghujung tahun ini. Ini akan selari dengan produktiviti penuai sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu katanya, FGV telah menanam semula kira-kira 7,278 hektar pokok kelapa sawit yang sudah tua berbanding sasaran kumpulan 8,000 hektar pada FY23.

“Kos bagi penanaman semula sehingga matang ialah RM20,000 sehektar hingga RM25,000 sehektar,” katanya.

Huey Ling berkata, pengeluaran buah tandan segar (BTS) FGV dijangka tidak berubah pada 2H23, yang menyaksikan pengeluaran BTSnya jatuh sebanyak 11 peratus tahun ke tahun (YoY) pada separuh pertama 2023 (1H23) disebabkan oleh cuaca kering di Semenanjung Malaysia.

Selain itu katanya, ia juga adalah kesan daripada penggunaan baja yang tidak mencukupi pada tahun kewangan (FY) 2020 dan FY21.

“Disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) masalah kekurangan pekerja pada FY20 dan FY21, FGV tidak dapat melaksanakan sepenuhnya program baja di ladang sawitnya,” katanya.

Tambah Huey Ling, di sudut positif pula, pelaksanaan baja FGV telah meningkat pada FY23 apabila kumpulan melaksanakan 41 peratus daripada program baja setahun penuhnya pada 1H23.

  • Coelho

    Related Posts

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    KUALA LUMPUR, Sept 30 – The RM2.8 billion Helios Solar Park in Gua Musang, Kelantan, with a planned generation capacity of one gigawatt (GW), is targeted to commence commercial operations…

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 – AIZO Group Berhad (“AIZO” atau “Syarikat”) terus memperkukuh segmen pembinaannya selepas anak syarikat milik penuh, AIZO Construction Sdn. Bhd. (“AIZO Construction”), menerima subkontrak bernilai…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028