Berjaya Land lantik Tunku Aminah sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR: Berjaya Land Bhd (BLand) muncul antara saham paling cergas dan tinggi diniagakan hari ini selepas unit relnya, Berjaya Rail Sdn Bhd semalam mengumumkan pelantikan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai Pengerusi.

Saham syarikat itu meningkat setinggi 22 peratus pada dagangan pagi ini untuk mencecah 33 sen sebelum kemudiannya berada pada 32 sen sesaham.

Terdahulu, dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, BLand berkata Tunku Aminah yang juga Puteri Sultan Johor memegang 30 peratus kepentingan dalam Berjaya Rail yang mencerminkan kepercayaan yang teguh Tunku Aminah terhadap visi, strategi dan potensi syarikat.

Tunku Aminah membawa bersama pengalaman yang luas daripada peranan kepimpinan di pelbagai syarikat swasta, termasuk Berjaya Corp Bhd, Berjaya Assets Bhd, Berjaya Capital Bhd, Berjaya Hartanah Bhd, Bukit Kiara Resort Bhd dan REDtone Digital Bhd, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BLand dan Ahli Lembaga Berjaya Rail Syed, Ali Shahul Hameed, berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Tunku Aminah bagi merealisasikan potensi Berjaya Rail untuk menilai semula bagaimana orang ramai melakukan perjalanan dan berhubung.

Menurut makluman itu, Berjaya Rail terbabit dalam Permintaan Maklumat (RFI) MyHSR Corp untuk menggiatkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan komited untuk bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaannya.

Tunku Aminah pada Mac lalu turut dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Berjaya Corporation Bhd (BCorp) bagi menggantikan pengasas syarikat itu, Tan Sri Vincent Tan yang melepaskan jawatannya.

Barisan baharu Lembaga Pengarah BCorp kini terdiri daripada semua wanita.

Pada Mei lalu, BLand, yang juga anak syarikat BCorp menubuhkan Berjaya Rail dalam usahanya untuk menceburi segmen kereta api dengan tumpuan terarah kepada projek HSR.

Berjaya Rail akan menjalankan perniagaan yang membabitkan pembinaan kereta api dan kereta api bawah tanah, reka bentuk, pembekalan dan pemasangan sistem kereta api, pembangunan hartanah berorientasikan transit (TOD), perkhidmatan perundingan dan latihan untuk penyelesaian teknikal yang berkaitan.

.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028