Ringgit dijangka mengukuh RM4.20 sedolar AS akhir 2023

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengukuh sekitar julat 4.2000/3000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2023, disokong oleh jangkaan langkah-langkah pelonggaran di Amerika Syarikat (AS), demikian menurut Rakuten Trade Sdn Bhd.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee Shee Phin, berkata AS kekal sebagai pusat ketidakstabilan pasaran global dalam usaha memerangi inflasi yang berterusan di seluruh dunia.

“Wall Street akan terus menjadi pusat ketidakstabilan bagi pasaran global dengan Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat cuba mengemudi senario penurunan sederhana untuk ekonomi AS. Fed mungkin terlalu bersemangat dengan langkah-langkah pelonggaran kuantitatifnya, dengan menyuntik hampir AS$9 trilion.

“Walaupun pengurangan berterusan sebanyak AS$95 bilion sebulan, kadar itu terlalu perlahan untuk memberi kesan, sekali gus menunjukkan ketidakupayaannya untuk memerangi inflasi semasa,” katanya semasa webinar mengenai prospek pasaran suku keempat, hari ini,

Selain itu, beliau menambah pemberhentian secara besar-besaran oleh syarikat teknologi AS pada awal 2023, yang masih berlanjutan, gagal mengurangkan inflasi, kerana kadar pengangguran keseluruhan di AS kini berada pada 3.8 peratus.

“Kemunculan semula kegagalan bank pada Mac tahun ini mencetuskan semula kebimbangan mengenai kejatuhan sektoral (seperti yang berlaku) semasa krisis kewangan global. Penurunan taraf pada bank-bank tertentu oleh S&P pada Ogos menggegarkan sektor itu sebagai isyarat amaran.

“Walaupun Wall Street mengalami penguncupan dalam penilaian pasaran, nilai itu tetap tinggi jika dibandingkan dengan sejarahnya. Namun begitu, AS masih dilimpahi dengan mudah tunai,” tambahnya.

“Justeru, tatkala kita memasuki suku akhir 2023 dengan lebih banyak kenaikan kadar faedah yang dijangkakan di AS, sama ada AS dapat menguruskan pelarasan ekonomi yang terkawal dengan berjaya atau tidak masih belum pasti,” tambah beliau. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar