Dr Noor Hisham Abdullah dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Dalam peranan baharunya, Noor Hisham akan bertanggungjawab menetapkan hala tuju strategik Hospital UCSI, sebuah hospital swasta di Port Dickson dan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Kesihatan UCSI.

Beliau akan berkhidmat sebagai Pakar Perunding Bedah (Pelawat) dalam bidang payudara, endokrin dan pembedahan am.

Dr Noor Hisham juga dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti UCSI, yang mana beliau akan menyumbang kepada program latihan klinikal dan penyelidikan perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI, Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, organisasi itu akan mendapat manfaat daripada kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam dasar penjagaan kesihatan awam.

“Kita semua mengingati Noor Hisham atas kepimpinan dan kehadirannya pada kemuncak perjuangan Malaysia menentang COVID-19.

“Beliau merupakan pejuang hadapan dalam tindak balas wabak pandemik yang lepas, beliau memimpin melalui teladan dan rekod prestasinya dalam perkhidmatan awam tiada tandingannya. Saya yakin dia akan membawa UCSI ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Siti Hamisah yang juga Naib Canselor Universiti UCSI berkata, beliau yakin pelajar perubatan universiti tersebut berupaya untuk belajar lebih banyak daripada Noor Hisham.

Noor Hisham bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada April 2023 selepas 35 tahun perkhidmatan awam. Beliau berkhidmat sebagai ketua pengarah selama sedekad.

Beliau menerima pelbagai anugerah atas sumbangannya dalam penjagaan kesihatan awam dan kepimpinannya semasa wabak itu.

Beliau juga diiktiraf oleh China Global TV Network sebagai salah seorang daripada tiga doktor terbaik dunia yang mengetuai usaha memerangi COVID-19, bersama pakar penyakit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Kumpulan UCSI adalah konglomerat Malaysia terkemuka yang memberi impak besar kepada orang ramai, organisasi dan komuniti dari lebih 110 negara.

UCSI aktif dalam tujuh sektor industri iaitu Pendidikan, Perundingan, Penjagaan Kesihatan, Hotel dan Perjalanan, Hartanah, Peruncitan, serta Teknologi.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028