PM beri jaminan fi kod QR tidak bebankan golongan bawahan

KUALA LUMPUR: Perdana Mneteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan fi yang dikenakan terhadap vendor yang menerima bayaran melalui kod QR Duitnow tidak akan membebankan golongan bawahan.

Beliau berkata, perkara itu adalah telah dijelaskan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Ghaffour dalam perbincangan semalam.

“BNM ada tugasnya biar dia jalankan tugas.

“Sekarang yang penting, tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan menengah,” katanya kepada pemberita selepas melawat pameran Postnormal Times di KL Jazz & Art Center di sini, hari ini.

Anwar yang menteri kewangan memberi jaminan itu ekoran kebimbangan para venfor mengenai fi yang akan dikenakan pengendali platform itu, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mulai 1 November ini.

PayNet dalam satu kenyataan semalam memberitahu, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

Jelasnya, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

Setakat ini, tiga bank iaitu Maybank, CIMB dan Public Bank mengecualikan caj DuitNow QR sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.

Coelho

Related Posts

BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar