Bursa Malaysia rendah pada sesi tengah hari, sentimen berhati-hati

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung membabitkan saham wajaran tinggi terpilih mengheret turun dagangan Bursa Malaysia pada sesi tengah hari dengan sentimen berhati-hati melanda pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.41 mata kepada 1,421.76 daripada 1,424.17 pada penutup Jumaat lepas.

Indeks utama yang dibuka lemah 0.10 mata pada paras 1,421.07, berlegar antara 1,421.64 dan 1,428.04 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 489 berbalas 258, manakala 415 kaunter tidak berubah, 1,133 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.70 bilion unit bernilai RM828.47 juta.

Walaupun terdapat sentimen berhati-hati, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pasaran saham akan bergerak lebih tinggi, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

“Di dalam negara pula, perkembangan positif dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) serta Belanjawan 2024 mungkin akan menyediakan peluang dagangan di bursa tempatan,” katanya dalam nota hari ini.

Bagi sektor, firma pembrokeran itu memilih sektor pembinaan, bahan binaan, tenaga boleh diperbaharui, minyak dan gas, ayam itik, automotif, insurans dan teknologi dengan menjangkakan minat belian yang berterusan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB turun dua sen setiap satu kepada RM8.77 dan RM5.41, Tenaga Nasional susut sembilan sen menjadi RM9.90, Petronas Chemicals turun 10 sen kepada RM7.09 manakala Public Bank peroleh 1.0 sen kepada RM4.07.

Bagi saham aktif, Evergreen Max Cash, Fintec dan MLabs, kesemuanya tidak berubah dan mencatatkan harga 42.5 sen, satu sen dan 1.5 sen manakala KNM menambah satu sen kepada 13.5 sen dan Sapura Energy susut setengah sen kepada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 14.02 mata kepada 10,568.25, Indeks FBMT 100 menguncup 13.25 mata menjadi 10,231.25 dan Indeks FBM Emas Syariah lemah 23.0 mata kepada 10.851.

Indeks FBM ACE turun 12.77 mata kepada 5,162.47 dan Indeks FBM 70 kerugian 43.19 mata kepada 14,150.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 11.09 mata kepada 15,907.08, Indek Perladangan susut 30.56 mata kepada 6,849.79, Indeks Tenaga merosot 4.23 mata menjadi 889.51, manakala Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian susut 0.80 mata kepada 170.69. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028