Harga saham Boustead Plantation melonjak selepas tak jadi dibeli KLK

KUALA LUMPUR: Harga saham Boustead Plantations Bhd (BPlant) meningkat setinggi RM1.41 dalam dagangan pagi tadi, selepas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan akan membeli kumpulan perladangan itu pada harga RM1.55 sesaham.

Tawaran LTAT itu dibuat susulan pembatalan cadangan pembelian 33 peratus saham dalam BPlant oleh Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK).

Saham BPlant naik setinggi 14 sen atau lebih 10 peratus dan muncul antara kaunter paling aktif dan untung dalam dagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Setakat berita ditulis, harga saham BPlant berada pada RM1.39, 9.45 peratus atau 12 sen lebih tinggi berbanding harga penutup semalam.

LTAT, Boustead Holdings Bhd (BHB) dan KLK semalam bersetuju untuk tidak meneruskan cadangan penjualan 33 peratus kepentingan dalam BPlant kepada KLK.

BPlant dan KLK dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, syarat terdahulu di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dipenuhi menjelang tarikh akhir 6 Oktober 2023.

“Dalam keadaan itu, pihak-pihak yang terbabit secara bersama bersetuju bahawa SCA itu ditamatkan berkuat kuasa pada 4 Oktover 2023,” kata BPlant dan KLK.

Susulan penamatan itu, RHB Investment Bank Bhd, bagi pihak KLK berkata, BHB akan memulangkan deposit bersamaan kira-kira RM229.15 juta kepada KLK dalam masa 14 hari perniagaan mulai hari ini, ‘atau tarikh lain kemudian yang dipersetujui antara pihak-pihak berkenaan’.

KLK dan BPlant berkata, penamatan SCA itu dijangka tidak akan memberikan sebarang kesan materian terhadap perolehan, perolehan sesaham, aset bersih dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024 (KLK) dan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (BPlant).

BPlant dikuasai oleh LTAT dan anak syarikat milik penuhnya, BHB.

Pada 24 Ogos lalu, KLK mengemukakan cadangan untuk membeli 739.2 juta saham, atau 33 peratus kepentingan dan satu saham BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028