Mavcom arah MyAirline henti jualan tiket, bayar balik kepada pengguna terjejas

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengarahkan MYAirline menghentikan segera penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan sehingga notis lanjut diberikan.

Dalam kenyataannya, Mavcom berkata MYAirline bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada penumpang yang membeli tiket tetapi tidak dapat meneruskan penerbangan susulan tindakan syarikat tambang murah itu menggantung operasinya serta-merta.

Katanya, syarikat penerbangan itu sudah diminta segera membantu pengguna terjejas dengan memaklumkan mengenai penggantungan operasi berkenaan di semua saluran komunikasi.

“Pengguna yang membeli tiket pada 12 Okt 2023 dan selanjutnya boleh menghubung saluran aduan khas MYAirline dan saluran khusus Mavcom untuk bantuan,” kata suruhanjaya itu.

Terdahulu MYAirline dalam kenyataan memaklumkan menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta disebabkan “cabaran kewangan yang signifikan”.

Sementara itu, Mavcom berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan ke atas MYAirline susulan aduan diterima berkaitan pembayaran statutori yang tidak dijelaskan kepada pekerjanya.

“Mavcom akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai operasi MYAirline dalam masa terdekat,” katanya.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar