Batal penjualan Borsig, KNM saman bekas pengarah Flavio Porro, Terence Tan sebanyak RM17 juta

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad dan anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Deutsche KNM GMBH dan Borsig GMBH telah menyaman dua bekas pengarah eksekutifnya, Flavio Porro dan Terence Tan Koon Ping, selepas kumpulan itu membatalkan penjualan Borsig kepada Vorsprung Industries GMBH pada Disember 2022.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, KNM berkata plaintif memfailkan writ saman terhadap kedua-dua bekas pengarah eksekutifnya itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2023.

Plaintif menuntut kedua-dua defendan membayar 3.44 juta euro (RM17.26 juta, berdasarkan kadar penukaran RM5.01 kepada satu euro), atau sebarang jumlah lain yang ditentukan oleh mahkamah, dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu.

Jika defendan gagal membayar, plaintif meminta agar aset dan harta mereka untuk dikesan dan dibayar kepada mereka, sebagai ganti daripada jumlah yang diminta pada mulanya.

Mereka juga menuntut supaya menilai ganti rugi am, ganti rugi teladan dan kadar faedah selepas penghakiman sebanyak 5% setahun ke atas jumlah yang diberikan oleh mahkamah dari tarikh penghakiman sehingga jumlah itu diselesaikan sepenuhnya.

Porro merupakan sebahagian daripada kumpulan individu yang dicadangkan bagi menggantikan lembaga pengarah semasa, termasuk pemegang saham terbesar syarikat dan pengerusi Tunku Datuk Yaacob Khyra, yang memegang 9.5% pegangan tidak langsung atau 384.2 juta saham yang dipegang melalui Melewar Industrial Group Berhad.

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menggantikan pengarah telah dimohon oleh jutawan Jerman, Andreas Heeschen, yang baru-baru ini meningkatkan pegangannya dalam KNM kepada 8.249%, berikutan pemerolehan 13.6 juta saham lagi atau 0.336% pegangan dalam pasaran terbuka.

Perkara itu kini ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Oktober 2023.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028