Sektor swasta disaran ikut langkah kerajaan beri insentif kepada pekerja

  • News
  • October 16, 2023

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan menerima banyak aduan daripada kakitangan swasta yang mengadu menerima gaji dan bonus yang kecil, meskipun pihak syarikat mencatat keuntungan mencecah jutaan ringgit setiap tahun.

Justeru, beliau menyaran agar sektor swasta mengikut langkah kerajaan dalam memastikan agihan pendapatan yang lebih adil kepada kakitangan, sekirnaya syarikat mencatat kadar keuntungan yang tinggi.

Perdana Menteri berkata, pemberian bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam dan lantikan kontrak yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat lalu, isyarat jelas kepada sektor swasta berhubung saranan itu.

“Saya juga minta kepada sektor swasta kerana ada yang merungut syarikat yang untungnya RM400 juta tetapi upah pekerjanya tidak meningkat langsung.

“Saya harap signal kerajaan ini memberi pengiktirafan kepada penjawat awam disambut oleh sektor swasta yang mencatat keuntungan yang baik.

“Bagilah sedikit tambahan (bonus dan gaji) mengikut keadaan semasa hari ini,” katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar