IMF unjur ekonomi Malaysia lebih baik tahun depan

SINGAPURA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.

Ini terutamanya didorong oleh permintaan eksport global yang lebih tinggi, khususnya daripada sektor teknologi, demikian menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ketua Bahagian Kajian Serantau Asia Pasifik IMF, Shanaka (Jay) Peiris, berkata Malaysia adalah ekonomi yang sangat terbuka, terutamanya dalam eksport produk elektrik dan elektronik (E&E).

“Kami menjangkakan ekonomi global dan permintaan eksport akan pulih secara berperingkat, terutamanya untuk sektor teknologi yang juga akan turut meningkat tahun depan, dan ini akan menambah kepada tiga (peratus) atau lebih tinggi pertumbuhan yang kita ada di Malaysia menjelang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersempena dengan penerbitan laporan Tinjauan Ekonomi Serantau (REO) IMF untuk Asia dan Pasifik di sini, hari ini.

Mengenai inflasi Malaysia, beliau berkata ia telah beransur-ansur perlahan, tetapi pembaharuan subsidi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini akan menimbulkan beberapa risiko mengenainya.

Namun begitu, beliau berpendapat bahawa pembaharuan subsidi akan menjadi ‘one-off event’ (sekali saja) dan langkah-langkah tambahan tidak perlu diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Ia masih bergantung kepada bagaimana inflasi berkembang, kesan pembaharuan subsidi dan juga persekitaran luaran dan perbezaan kadar faedah (berbanding kadar faedah Amerika Syarikat),” katanya.

Shanaka berkata, saranan IMF untuk Malaysia dalam laporan terakhir menunjukkan bahawa dasar monetari seharusnya cukup terhad untuk menurunkan inflasi ke arah julat dua hingga tiga peratus dalam jangka sederhana.

“Pada masa ini, kita telah melihat kadar faedah dinaikkan, dan inflasi telah perlahan-lahan turun. Jadi, dalam erti kata itu, kita berpendapat bahawa mengekalkan pendirian seumpama itu boleh membantu menurunkan inflasi,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar