Nadia Omer CEO baharu airasia MOVE

KUALA LUMPUR: Nadia Omer dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) airasia MOVE (dahulunya airasia Superapp) berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih kepimpinan Mohamad Hafidz Mohd Fadzil yang berkhidmat sebagai pemangku CEO airasia MOVE sejak April tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan juga Pengerusi Eksekutif MOVE Digital, Tony Fernandes berkata beliau pasti Nadia akan berjaya sebagai CEO baharu airasia MOVE.

“Seperti yang diumumkan bulan lepas, kami kini berada di era baharu inovasi pengembaraan, dan saya percaya latar belakang Nadia yang pelbagai telah meletakkan beliau secara unik untuk menerajui airasia MOVE ke hadapan sebagai platform pelancongan sehenti pilihan ASEAN,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tony berkata Nadia akan turut bekerjasama rapat bersama BigPay, yang diketuai oleh Zubin Rada Krishnan untuk menawarkan akses secara lancar kepada perkhidmatan perjalanan dan kewangan pada satu platform, dengan ciri kewangan bersepadu.

Nadia mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dalam penukaran kategori, perubahan tabiat pengguna dan penciptaan nilai ekosistem daripada perjalanan kerjayanya yang merangkumi pelbagai peranan termasuk permulaan di P&G sehingga di Nestle dan PepsiCo.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perniagaan Cars24, Asia Tenggara baru-baru ini sebelum menyertai airasia MOVE.

Nadia memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Lahore University of Management dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik, Statistik dan Ekonomi.

MOVE Digital Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai airasia Digital Sdn Bhd) ialah cabang digital Capital A Berhad, dan merangkumi dua perniagaan transformatif, iaitu airasia Superapp (kini airasia MOVE) dan BigPay.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar