Agrobank pastikan bekalan ayam di ladang stabil

KUALA LUMPUR: Selaras dengan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang bermula esok, Agrobank memandang serius dalam memastikan status bekalan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata Agrobank sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam mencapai agenda kerajaan melalui pembiayaan modal kerja dan modal tetap kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana, serta Skim Mikro Kredit dalam bentuk pembiayaan modal pusingan buat penternak komuniti.

Beliau berkata pembiayaan ini termasuk transformasi daripada reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

“Dengan margin sehingga 90 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, penternak komuniti dan mikro serta penternak kecil dan sederhana masing-masing bakal menikmati kadar keuntungan sehingga tiga peratus setahun mengikut baki bulanan.

“Matlamat program ini antara lain adalah untuk meningkatkan akses bekalan ayam secara terus daripada penternak kepada pemborong dan peruncit di pasaran.

“Program ini juga membolehkan pengusaha untuk beralih kepada teknik pemeliharaan yang lebih cekap, yang mana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti ladang, mengurangkan kos pengeluaran dan akhirnya harga ayam yang berpatutan dapat ditawarkan kepada pasaran,” katanya.

Beliau berkata, Agrobank akan terus memberikan komitmen padu dan kerjasama erat dengan kerajaan melalui KPKM bagi memperkasa sektor agromakanan terutama dalam industri penternakan ayam di Malaysia demi peningkatan dan kemampanan keselamatan dan keterjaminan makanan negara.

Kerajaan sebelum ini telah memberi jaminan bahawa penjualan ayam akan berada di bawah harga siling selepas subsidi dan kawalan ditamatkan sepenuhnya esok.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar