Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4.30 berbanding dolar AS – MIDF Research

KUALA LUMPUR: Ringgit diunjur mengukuh pada paras RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini.

Ia susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dikatakan telah mengakhiri kitaran dasar monetarinya yang ketat, kata MIDF Research.

Dalam nota tinjauannya, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata ini juga seiring dengan jangkaannya bahawa mata wang negara-negara sedang pesat membangun akan mengukuh apabila kadar faedah AS menghampiri paras kemuncaknya yang akan disusuli dengan kemasukan semula aliran dana ke pasaran berisiko.

“Seiring dengan kadar dasar semalaman (OPR) yang dikekalkan pada 3.00 peratus dalam tempoh memasuki 2024, kami menjangkakan ringgit akan turut mendapat manfaat berikutan tiada kenaikan perbezaan Kadar Dana Persekutuan (FFR) dan OPR.

“Asas ekonomi pula secara amnya kekal menyokong ringgit dalam senario ekonomi domestik yang berdaya tahan dan inflasi yang terkawal,” katanya.

Faktor lain adalah petunjuk yang mencerminkan pemulihan berterusan di China serta peningkatan eksport elektrikal dan elektronik (E&E), juga menandakan prestasi perdagangan luar yang lebih positif dalam bulan-bulan akan datang.

Selain itu, kenaikan harga komoditi global akan turut memberi manfaat kepada ringgit berikutan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih komoditi.

“Walaupun kami optimis terhadap pengukuhan ringgit menjelang akhir tahun ini, masih terdapat kecenderungan penurunan yang mengekang kenaikan lanjut unit tempatan itu.

“Sebagai contoh, ketiadaan penangguhan kenaikan kadar faedah yang jelas oleh pihak Fed, kenaikan seterusnya hasil Perbendaharaan AS dan krisis geopolitik di Timur Tengah yang terus meruncing akan hanya meningkatkan lagi sokongan terhadap dolar AS,” katanya.

Mengulas prestasi ringgit, MIDF Research mengunjurkan mata wang itu mencecah paras terendahnya pada Oktober 2023 apabila mengakhiri bulan berkenaan dengan susut 1.4 peratus bulan ke bulan pada paras RM4.764 berikutan pengukuhan dolar AS.

Dari segi purata bulanan, nilai ringgit susut kepada RM4.747.

Unit tempatan itu mencecah paras penutupan harian terendah RM4.794 pada 23 Oktober lepas apabila dolar AS meningkat berikutan peningkatan hasil perbendaharaan susulan konflik di Timur Tengah.

“Kami kekal optimis ringgit akan meningkat menjelang akhir tahun ini berikutan kemasukan semula lebih banyak aliran dana ke pasaran negara-negara sedang pesat membangun tanpa peningkatan perbezaan FFR-OPR,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028