Nilai urus niaga hartanah hampiri rekod tertinggi

Jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia pada 2022 berkemungkinan melebihi paras tertinggi yang pernah direkodkan sebanyak RM161 bilion pada 2014, didorong oleh pemulihan dalam permintaan.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Ahmad Zamzuri Kamarudin, berkata setakat suku ketiga 2022, jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia hampir RM141 bilion yang dicatatkan pada 2021.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara akan mengumumkan angka 2022 minggu depan, katanya kepada kepada pemberita di Konvensyen Tahunan Hartanah Kebangsaan di sini, hari ini.

“Kami menjangkakan 2022 akan melepasi angka berkenaan berikutan suku ketiga 2022 yang positif dan susulan momentum itu kami menjangkakan pasaran hartanah akan kekal positif pada 2023,” katanya.

Sementara itu, Presiden MIEA, Chan Ai Cheng berkata keyakinan pembeli nampaknya telah kembali apabila jumlah pertanyaan untuk penyewaan dan jualan telah meningkat pada suku terakhir 2022.

Beliau berkata, sentimen telah pun bertukar positif sejak Disember tahun lalu berdasarkan tinjauan sentimen MIEA.

Ai Cheng menganggap kenaikan kos pinjaman akibat kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun lalu nampaknya tidak memberi kesan kepada pembeli di Malaysia.

“Walaupun keadaan ekonomi yang suram, ejen dan pemain tempatan kami bersikap positif untuk tahun 2022.

“Kira-kira separuh daripada mereka berpendapat bahawa tahun 2023 akan menjadi lebih baik,” katanya.

-BERNAMA

  • Infante

    Related Posts

    Paramount tambah rizab tanah Bukit Raja, perolehan RM113.5 juta sasar GDV RM579 juta

    KUALA LUMPUR, 17 Dis — Paramount Corporation Berhad terus memperluas simpanan tanahnya apabila anak syarikat milik penuhnya, Prima Kuasa Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bagi memperoleh tiga lot tanah…

    Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

    KUALA LUMPUR — Chin Hin Group Property Bhd (CHGP), bersama rakan usaha samanya Atlan Holdings Bhd, melancarkan projek kediaman moden terbaharu mereka, The Eclipse, yang diasaskan pada konsep kehidupan bandar…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar