Ringgit di paras RM4.66 sedolar pagi ini

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan berlakunya pembetulan teknikal selepas pergerakan cergas dalam tempoh tiga hari dagangan lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada paras penutupan dagangan Isnin pada 4.6340/6400.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata hasil AS telah mencetuskan elemen pembetulan kecil daripada pelabur ringgit selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu lepas.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut berpendapat kemungkinan terdapat beberapa pembetulan selepas kenaikan ketara semalam.

“Paras sokongan dan halangan semasa untuk dolar AS/ringgit ditetapkan pada RM4.5578 dan RM4.6611. Justeru, ringgit mungkin berlegar sekitar RM4.63 hingga RM4.65 hari ini,” kata beliau.

Sementara itu, nilai mata wang tempatan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7424/7486 daripada 5.7462/7536 pada penutup Isnin tetapi lebih rendah berbanding mata wang utama lain seperti yen Jepun dan euro.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1021/1056 daripada 3.0959/1002 pada penutup semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.9850/9904 daripada 4.9806/9871 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4430/4470 daripada 3.4341/4388 pada akhir dagangan semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.0 daripada 298.1/298.7.

Begitu juga, nilai ringgit turun susut berbanding baht Thailand kepada 13.0887/1090 daripada 13.0521/0741 pada Isnin dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.29/8.30 sebelumnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028