Co-opbank Pertama tutup sementara langganan saham pada 31 Disember ini

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan akan menutup sementara langganan saham baharu dan tambahan pada 31 Disember ini.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh melanggan saham CBP di cawangan baharu yang bakal dibuka selepas tarikh berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata penutupan langganan saham itu adalah berikutan CBP telah mencapai sasaran modal yang ditetapkan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan sehingga 2026.

Terdahulu, pada Januari lalu, CBP telah membuka langganan saham kepada orang ramai bermula 1 Januari 2023 di semua cawangan CBP di seluruh negara dengan kadar pertumbuhan modal saham berkembang lebih 25% sejak awal tahun ini.

“Seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Pelan Strategik 2022-2026, ini adalah salah satu perancangan untuk CBP menambah kekuatan modal bagi menyokong pertumbuhan perniagaan yang dijangka berkembang sekitar 20 hingga 25% setiap tahun.

“Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota dan orang ramai yang telah melanggan saham CBP dan terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada CBP,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta orang ramai yang belum melanggan syer CBP terus berbuat demikian sebelum ia ditutup pada 31 Disember ini.

Pembukaan semula saham ini terbuka kepada anggota baharu dan sedia ada dengan jumlah baki maksimum sehingga RM5 juta bagi individu dan bagi gerakan koperasi pula adalah sehingga 20% dari baki semasa modal saham CBP.

“Untuk rekod, CBP mencatatkan keuntungan sebanyak RM103.4 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 dengan agihan dividen sebanyak 6.3%,” katanya.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028